BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

CARI DISINI

Thursday 14 July 2011

AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN


Pelancaran 1 Murid 1 Sukan telah diadakan pada 2hb Julai 2011 yang lalu..ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan murid-murid.Berikut merupakan beberapa keping gambar pelancaran tersebut..







Friday 24 June 2011

ABANG LOVE DAN IDOLANYA

Hanya DATUK M DAUD KILAU dihatinya.....siang malam termimpi-mimpi menjadi siulan dibibir

AKIBAT TERLEBIH POWER

HARI-HARI MAU DAKWAH

ICT Pemangkin Kemajuan Negara

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna.Begitu jugalah dengan ICT. Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan danpentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan Malaysia.Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teller automatik(ATM) dan Internet membolehkan kita menguruskan wang kita di seluruh dunia dengan mudah dan lancar